Pinjaman dan Pembiayaan Mara






SYARAT KELAYAKAN:



  • Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
  • Umur 18 tahun ke atas;
  • Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
  • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
  • Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
  • Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
  • Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE)

CARA MEMOHON:





Set Borang Yang Lengkap :-
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRES (SPiKE) DAN SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN(SPPP)

SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PEJABAT MARA DAERAH / NEGERI YANG BERHAMPIRAN DENGAN TUAN PUAN.

1.  Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
2.  Borang Maklumat Peribadi
3.  Borang Jaminan/ Borang Cagaran
4.  Senarai Semak Permohonan Pembiayaan
BAYARAN PEMPROSESAN
 Jumlah Pembiayaan  
 Kadar Bayaran
RM5,000
RM    5
RM 5,001 hingga RM 20,000  
RM   20
RM 20,001 hingga RM 50,000 
RM   50
RM 50,001 hingga RM 250,000 
RM   100
RM 250,001 ke atas
RM   200