Jadual Terbaru Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2015


Di bawah ini adalah rate terbaru yg akan Bank Rakyat offer kepada individu yang nak buat PL. Limit atau tenure hanya sampai 10 Tahun sahaja.

Law terbaru ini telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Dimana pinjaman cenderung kepada golongan yang berkemampuan sahaja bagi memastikan keuntungan pihak bank dan mengurangkan kadar blacklist di kalangan peminjam.


Interest utk tempoh pinjaman utk 1-3 tahun ialah 3.30%.

Manakala 4-10 tahun ialah 3.88%.

Pinjaman Perumahan Bank Islam

Kini terdapat pelbagai tawaran pinjaman untuk pembelian rumah yang disediakan oleh bank-bank di Malaysia. Trend terkini adalah pinjaman perumahan berkonsepkan Islam. Antara bank yang
menawarkan pinjaman berkonsepkan Islam adalah Bank Islam Malaysia.

Terdapat beberapa jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Bank Islam.

Antaranya ialah:


  1. Pembiayaan Rumah Baiti
  2. Skim Perumahan SJKP
  3. Skim Rumah Pertamaku
Mari kita lihat tawaran yang diberikan oleh Pembiayaan Rumah Baiti Dahulu:

  1. Pembiayaan Rumah Baiti
Pembiayaan Perumahan Baiti menawarkan pembiayaan perumahan yang menyeluruh serta mematuhi kehendak syariah.

Antara Ciri-ciri yang menarik Pinjaman Perumahan Baiti ialah:
  • Pembiayaan untuk Perlindungan Takaful Gadai Janji (MRTT)
  • Perlindungan Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjanag (LTHT)
  • Yuran Penilaian Hartanah
  • Yuran Guaman
  • Duti Setem
  • Margin pembiayaan sehingga 90%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70, yang mana terdahulu
  • Kadar keuntungan yang kompetitif\
Bonus:
  • Nikmati 2 bulan penangguhan bayaran bulanan dengan pelan 'Payment Holiday' kami (setiap November dan Disember)
Penjimatan Kos:
  • Diskaun 20% ke atas Duti Setem bagi penyempurnaan Dokumen Perundangan Bank
  • Tiada yuran pemprosesan
Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perjanjian Jual Beli
  • Bagi pendapatan tetap :
  • Penyata gaji 3 bulan terkini
  • Penyata akaun gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan jawatan dari majikan
  • Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP
  • Lain lain dokumen pendapatan
Bagi pemilik perniagaan :
  • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
  • 6 bulan penyata bank terkini
  • 3 tahun penyata kewangan
  • Borang B terkini
  • Lain-lain dokumen pendapatan
Itu sahaja penerangan yang ringkas untuk Pinjaman Perumahan Bank Islam bagi tawaran Pembiayaan Rumah Baiti. Untuk memohon anda digalakkan untuk memohon sendiri di cawangan-cawangan Bank Islam yang terdapat di tempat anda bagi mengelakkan segala kesulitan dan penipuan.

Untuk tawaran pinjaman Skim Perumahan SJKP dan Skim Rumah Pertamaku, saya akan terangkan pada hari yang lain.