Indeks Harga Rumah Turun 8.1 peratus

Industri hartanah dijangka terus berkembang berikutan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum memiliki kediaman sendiri meskipun kerajaan mengawal kenaikan harga rumah melalui peningkatan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, bagi tempoh jangka pendek dan pertengahan, tinjauan pasaran hartanah dijangka lebih berhati-hati.
Katanya, ini berikutan kenaikan kadar inflasi berikutan langkah kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal pada kadar 3.5 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.
“Semenjak pengumuman Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, Indeks Harga Rumah sudah menunjukkan penurunan yang ketara iaitu pada kadar 8.1 peratus dalam suku ke empat 2013.
“Angka ini jauh lebih rendah berbanding dengan pertumbuhan dua digit yang dicatatkan bagi lapan sukuan berturut-turut sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, perkara ini jelas menunjukkan bahawa langkah kerajaan mengawal kenaikan harga rumah melalui peningkatan kadar CKHT sudah mula memberi kesan.
Beliau berkata, selain itu, larangan bagi program Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) juga jelas menunjukkan keseriusan pihak kerajaan menangani isu kenaikan harga rumah yang perlu dikawal.
“Jika dilihat peratusan pemilikan rumah bagi warga Kuala Lumpur adalah pada kadar 50.8 peratus pada 2012 walaupun penduduk di kawasan ini mempunyai purata pendapatan isi rumah yang tertinggi di Malaysia iaitu RM8,586 sebulan.
“Perkara ini jelas menunjukkan terdapatnya jurang di dalam pemilikan rumah terutama di kawasan metropolitan,” katanya.
Sebenarnya, CKHT adalah pengecualian dan bukannya pemansuhan dan bertujuan untuk merancakkan semula prestasi sektor hartanah yang agak lembab terutamanya kategori ‘medium’ dan ‘high-end’.

1 comments:

  1. Hello
    Am a private loan lender,fully registered and licensed,i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%. I give out loan to public and private individuals.For more information contact us, for Personal loan, Business loan, Home Loans, etc,we got you covered.
    Please,only serious and genuine people should apply,no early repayment penalties,no matter your financial score,just a Valid ID,house address and you will be approved a loan. If you are a serious and ambitious person and wishes to apply for a loan contact us today at Email: hamzakumarfinance@gmail.com
    call or add us on what's app +1 (646) 902-5821

    ReplyDelete