Kelayakan pinjaman perumahan kerajaan

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses (Kuat Kuasa 1 Januari 2015)

1. Seperti mana sedia maklum, semasa pembentangan Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.
2. Wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak Rm100 juga telah dimansuhkan.
3. Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.
4. Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah seperti berikut :

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
 1
8,500 ke atas
               600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00