Bank Islam menang tiga anugerah perbankan antarabangsa



KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd memenangi tiga anugerah pada majlis anugerah Tahunan International Banker yang berlangsung di London.

Mengikut bank itu, Pengarah Urusan Datuk Seri Zukri Samat, dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Terbaik. 


"Anugerah kedua ialah Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Asia dan ketiga, Bank Islam Malaysia terbaik," katanya. 

International Banker ialah anak syarikat Finance Publishing, sumber utama dunia bagi analisis kewangan, perbankan antarabangsa dan hal ehwal dunia, yang dipercayai.-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment