Masyarakat boleh memilih skim pinjaman mengikut citarasa

 

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga turut mempromosikan beberapa skim pinjaman kepada masyarakat umum yang berkelayakkan. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan dalam bentuk Pakej dan Bukan Pakej. 

Dua kategori ini diperkenalkan kepada umum bagi membolehkan masyarakat memilih skim pinjaman mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. Amaun minimum yang dihadkan dalam pinjaman peribadi ini adalah sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. 

Namun, seperti skim-skim pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh bank-bank yang lain, BIMB meletakkan syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. 

Pemohon pinjaman juga mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektorkerajaan, syarikat senarai awam yang terpilih, anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang terpilih yang diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak Bank Islam. 

Lebih menarik lagi apabila skim pinjaman peribadi ini turut mengandungi pelan perlindungan Takaful. Pembayaran semula boleh dilakukan melalui potongan gaji ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui arahan Autodebit. Tempoh pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15 tahun atau 180 bulan ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang mana lebih awal.

Pinjaman seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan kerajaan. Sungguhpun begitu, Pembiayaan Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan faedah yang paling tinggi adalah sebanyak 5.50% setahun bagi tempoh pembayaran 11 tahun sehingga ke 15 tahun.

0 comments:

Post a Comment